Tuesday, 2 February 2016

PENGENALAN AHLI KUMPULAN DAN RINGKASAN TAJUK

NURIN BINTI MOHD SAMSUDIN
16DPR15F2006

NUR SHABIRAH BINTI SALLEH
16DPR15F2014

NORSALINA BINTI SAZALI
16DPR15F2013



Friday, 29 January 2016

PENGENALAN RINGKAS MENGENAI PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina. Dalam peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat bermain dengan sentiment perkauman. Walaupun Parti Gerakan  cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur ( Dulu Selangor ). Pilihanraya tersebut berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam 12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”, “Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale ( sekarang Jalan Raja Abdullah menghala masuk ke Kampung Baharu yang merupakan kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan parti pembangkang. Dalam pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja. Namun keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah menyebabkan Perikatan masih berkuasa di Negeri Selangor. Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang Melayu risau dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya diadakan satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan perarakan ini mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan Menteri Besar Selangor. Rumah Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata bersama mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak dengan cepat telah merebak ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur.  Keadaan yang genting tersebut, telah menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah mengistiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam keadaan uzur dan cuba mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan apabila Tun Razak meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan tersebut. Parlimen kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi mula dipulihkan. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga slogan Malaysia Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22 bulan.


GAMBAR- GAMBAR PERISTIWA 13 MEI 1969











LOKASI TUNKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA 13 MEI 1969

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.


6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.









ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA PADA TAHUN 1969


Sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei, terdapat isu perkauman dalam pilihan raya pada tahun 1969.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur.


Seterusnya, pembangkang meraikan kemenangan mereka. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur.  Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Ø  Pangggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.


RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR DAN RUSUHAN PERTAMA

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 pagi 13 Mei hari selasa,tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda, dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan.Rusuhan dapat di kawal dengan mengunakan gas pemedih mata,perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing[nyatakan menurut siapa?] menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat di hantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan tidak sempurna.






PERARAKKAN KEMATIAN CINA


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.






IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

13 Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir.
Kalau diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata.
Tetapi elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini.
Mungkin elok diifikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.

Tujuannya bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang.
Semua rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.
Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat.
Yang bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa boleh dipercayai. Dendam dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak.
Itulah yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu lama untuk dirawat dan dipulihkan.

Kita bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula tanpa kita sedari.
Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.

Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum?

Sebab itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.
Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini.
Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
                                                                                   




PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda             

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

4. Perpaduan Nasional 

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,

(ii) Menyusun semula masyarakat,

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.


RUJUKAN

INTERNET :



BUKU :





SURAT KHABAR :








KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969