Peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam
sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam
kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik
seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan
perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang
pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman
ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak
akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti
Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.
Dalam peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat
bermain dengan sentiment perkauman. Walaupun Parti Gerakan cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya
namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga
penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP
memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur ( Dulu Selangor ). Pilihanraya tersebut
berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong
parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam
12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan
yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”,
“Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau
Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan
oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya
perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga
malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale (
sekarang Jalan Raja Abdullah menghala masuk ke Kampung Baharu yang merupakan
kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh
itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan
parti pembangkang. Dalam pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak
51.5% undi berbanding dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi
sahaja. MCA pada kali ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada
kekuatan UMNO sahaja. Namun keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan
campuran telah menyebabkan Perikatan masih berkuasa di Negeri Selangor.
Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina
telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan
pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat
perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang
Melayu risau dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah
mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas
kepada pihak pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya
diadakan satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan
perarakan ini mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan
Menteri Besar Selangor. Rumah Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk
berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan
kaum tersebar menyebabkan orang Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah
menyediakan senjata bersama mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan
lain-lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak
dengan cepat telah merebak ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu
dan Kampung Pandan. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di
Pertuan Agong terpaksa mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur. Keadaan yang genting tersebut, telah
menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah mengistiharkan darurat atas
nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu Majlis Gerakan Negara telah
ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik Tun Abdul Razak sebagai
pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr Ismail sebagai Timbalan
Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam keadaan uzur dan cuba
mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan apabila Tun Razak
meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan tersebut. Parlimen
kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi mula dipulihkan.
Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut
kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga slogan Malaysia
Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22 bulan.
No comments:
Post a Comment