13
Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan
antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Akibat
perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain,
sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir.
Kalau
diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak
memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah
semata-mata.
Tetapi
elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar
yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk
ini.
Mungkin
elok diifikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini
didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar
dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.
Tujuannya
bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat
mengelak peristiwa yang sama berulang.
Semua
rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada
mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.
Tidak
ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk
mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat.
Yang
bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam
keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa
boleh dipercayai. Dendam
dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak.
Itulah
yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu
lama untuk dirawat dan dipulihkan.
Kita
bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan
untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula
tanpa kita sedari.
Banyak
petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan
komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog
sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.
Apakah
kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum?
Sebab
itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan
kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Rakyat
harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap
begitu sahaja.
Peristiwa
hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum
dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan
integrasi nasional.
Kini
menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan
kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini.
Jadikan
peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek
kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
No comments:
Post a Comment