Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang
cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat
dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja
keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan
berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat
Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat
malaysia ialah :
1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak
menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara
kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar
malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini
meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan
kaum keluarga yang terlibat.
2. Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ,
kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh
kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan
rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang
buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara
kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan
seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan
antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan
kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk
memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan
jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini
ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang
berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan
isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh
dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan
penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan
penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat
Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
4. Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi
kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara
kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat
yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat
berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat
bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi
sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat
curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya
dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang
sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak
kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini .
Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan
istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat
. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
5. Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat
perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan
ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya
pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia
menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan
adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam
masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian
hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi
nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan
satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii) Menyusun semula masyarakat,
Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas
kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya
dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang
miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti
pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan
Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga
Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha
KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.
noob
ReplyDelete